Maaf..atas kelewatan 'Update'Blog kerana kesibukan & kekangan masa... :)

Jun 11, 2009

Rumah Baru


27 Mei 2009, lawatan terancang ke rumah baru Pn. Ann di Kg Terawi untuk lunch KFC berjalan dengan lancar. Anggota CAPS dengan 'Car Pooling' buat-buat tahu jalan menuju ke rumah Pn. Ann telah beberapa kali menelefon minta petunjuk jalan berjaya juga akhirnya sampai ke destinasi kecuali geng En. Hawaji yang sampai lebih awal sememangnya tahu jalan ke rumah Pn. Ann. Cantik, versatile, ala-ala English walau bertapak di Kampung.


Ok..ini hiasan dalaman yang sempat diambil gambar. Ada lagi mangkuk besi besar di luar yang tidak sempat didedahkan yang juga sebahagian daripada perhiasan landscap tapak rumah Pn. Ann. Datang sendiri kalau mahu tahu apa benda tu... call dulu sebelum buat lawatan...

Baju Batik Malaysia

Farewell lunch..after lunch...tangis + tawa .. tibalah masa bergambar 'Group Photo' pada 27 Mei 2009 di Tingkat 8 dengan berpakaian Batik Malaysia versi CAPS. Nampak sihat, segak dan jelita kawan-kawan CAPS..maklumlah banyak kali perut di isi dengan lunch yang lazat-lazat. Terima kasih kepada En. Ahmad yang bersusah payah menempah baju batik jauh-jauh untuk kita sejak tahun 2008 lagi.

Gayang Restaurant Seafood

Dalam keadaan panas tengah hari berpusu-pusu anggota CAPS dengan Car Pooling.,,,menuju ke Restaurant Gayang Seafood (Sepanggar) pada 25 Mei 2009 sempena Farewell Lunch untuk Pn. Anita & Cik. Isnanie. Nasib baik ada aircond.....




Selepas ucapan, tawa dan tangisan sepi....sourvenir di berikan kepada kawan baik kita Cik Isnanie oleh Pn. Anita...maklumlah ke 2 anggota ini akan meninggalkan CAPS. Tulah dorang 2 nie...hugging each other.... Good Luck to both of you.

Actually, minum chinese tea pun ok sambil makan ketam & udang...4kg..4kg..


Seperti biasa pastikan ianya bersih dan balik dengan hati gembira. Lepas tu medical check up blood pressure.... :)

Anjapal Restaurant

Lunch di Anjapal Restaurat India Southern Food Complex Asia City pada 22 Mei 2009. Semua makanan india ada, dari pedas sampai yang tidak pedas. Dari roti hingga lah daging Kambing.






Ini boleh makan dengan kari, daal atau makan begitu sahaja.
Licin sudah daging kambing mangkuk tembaga. Thank You Pn. Anita yang bermurah hati berbelanja untuk kita. Lain kali appeal lagi...

Ok..selepas lunch hadiah souvenir dari Staff CAP kepada Pn. Anita yang akan berpindah tugas dari CAP ke HQ Kuala Lumpur.

Apr 8, 2009

Just To Say 'Thank You'




Inilah Cik Isnanie yang diraikan...di RCH Karamusing pada 08 April 2009 tapi dia yang belanja..Orderlah...banyak2..


Menu di RCH....macam2 ada...all you can eat..Halal..


So..acara makan pun bermula...semua anggota CAP hadirrr..


Ini..Chicken Fried + Nasi. 4 orang pemakan telah order ini menu..yang lain order Curry Ayam, Pandan Ayam...Mee Laksa..semuanya berperisa ayam...daging manusia saja yang tiada...sorry..


Ini pula... Ice Cream ABC..ada juga ABC Tapai..lebih kurang saja design dia dan rasanya memang sedap..kalau boleh mau tambah lagi..


Finally...thanks Isnanie... PEACE!

Happy Birthday To U!


Nah..kan sekali lagi pengumuman.... Sesiapa yang mahu order Cake..order lah dengan Kak Sarimah..harga boleh runding..bila potong-potong cake tu..bagi2 lah sini CAPS..


Happy Birthday kepada Cik Isnanie & Hawaji.. semoga dimurahkan rezeki..hidup damai dan makmur sentiasa..dan PEACE to both of U...

PEACE...................................

Mesyuarat CAPS Bil 3/09 & Kelab CAP


Pn. Anita, Ketua CAP menpengerusi mesyuarat bagi kali terakhir sebelum berpindah bertugas di LPP Kuala Lumpur yang dijangkakan dalam bulan J... 2009. Selamat Maju Jaya & singah-singahlah kat sini bila dah balik bercutehh. :)


Cik Isnanie sedang mempengerusi Kelab CAP. Beliau akan berhijrah ke PNB atau SDB yang dijangkakan pada bulan J... 2009. Geng2 CAP mengucapkan Selamat Maju Jaya, singgah2 di CAP bila ada masa lapang dan kalau ada apa-apa yang boleh di 'appeal' sila bagitau kami..kami sentiasa bersiap sedia...(RCH,Pizza,Salut, atau Nelayan Village...). Bila tiba masanya... khabar gembira sila hantarkan kad wangi berkilau-kilau untuk kami di CAP. Peace...

Perjumpaan Dengan Pengarah Bahagian Audit LPP Kuala Lumpur



Satu perjumpaan anggota CAP dengan Pengarah Bahagian Audit Pertubuhan LPP Kuala Lumpur telah diadakan pada 20hb Februari 2009. Perbincangan serta feedback berkenaan dengan perlaksanaan MS ISO 9001 2000 khususnya bagi CAP Sabah. Terima kasih, kepada Pn. Pengarah atas nasihat, bimbingan serta tunjuk ajar sepanjang sesi perjumpaan ini.

Sesi bergambar bersama Pengarah Bahagian Audit LPP Kuala Lumpur..

Kursus Kefahaman & Asas Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 2008

Kursus ini telah diadakan pada 17hb-19hb Februari 2009 di Impian Jadi Resort Tuaran. Selamat berkursus dan nikmatilah pemandangan yang indah serta makanan yang enak. :)



Sesi perbincangan berkumpulan. Anggota ICT LPP yang rajin ditugaskan untuk mencatatkan hasil perbincangan sebelum pembentangan.


Sepanjang kursus berjalan, ramai anggota-anggota menikmati gula-gula seperti di dalam gambar ini..kalau kursus lebih lama lagi..ramai yang akan menghidapi kencing manis..


Antara pemandangan yang menarik di Impian Jadi Resort Tuaran. Ajaklah ini dua orang kawan bercakap kalau berani..

Amanat Tahun Baru 2009

Masih belum terlewat untuk kita...merenung amanat & nasihat dari Pengarah LPPS semasa perhimpunan Pertama pada 13hb Januari 2009.