Maaf..atas kelewatan 'Update'Blog kerana kesibukan & kekangan masa... :)

Jan 16, 2009

Jadual Perancangan Audit Akhir Bagi Kewangan 2008

PPK Beaufort 02-06 Feb 2009
PPK Beluran 02-06 Feb 2009
PPK Kinabatangan 29 Jan - 06 Feb 2009
PPK Tuaran 02-06 Feb 2009
PPK Kota Belud 02-06 Feb 2009
PPK Tongod 02-06 Feb 2009
PPK Semporna 02-06 Feb 2009
PPK Sandakan 23-27 Feb 2009
PPK Tambunan 23-27 Feb 2009
PPK Kunak 23-27 Feb 2009
PPK Tenom 02-06 Feb 2009
PPK Labuan Utara 23-27 Mac 2009
PPK Labuan Selatan 23-27 Mac 2009
PPK Keningau 23-27 Mac 2009
PPK Kinabalu 23-27 Mac 2009
PPK Papar 02-06 Mac 2009
PPK Pitas 02-06 Mac 2009
PPK Lahad Datu 23-27 Feb 2009
PPK Tawau 23-27 Feb 2009
PPK Inanam 20-24 April 2009
PPK Nabawan 02-06 Mac 2009
PPK Kuala Penyu 30 Mac - 03 April 2009
PPK Kudat 23- 27 Mac 2009
PPK Kota Marudu 20-24 April 2009
PPK Sipitang 20-24 April 2009
PPK Penampang 20-24 April 2009
PPN Sabah 04-12 Mei 2009

*Di mohon PP bersedia untuk diaudit oleh CAP dan tarikh yang telah diputuskan adalah berdasarkan cadangan tarikh mesyuarat agung PP masing-masing.

Mesyuarat CAP Bil 1/2009

1) Mesyuarat yang pertama bagi awal tahun 2009 & di pejabat baru. Banyak perkara dibincangkan dan kita tunggu saja Minit Mesyuarat diedarkan.



2) Lepas mesyuarat kita minum dulu.. makan pun boleh. Jangan kita menyeksa perut yang kelaparan. :)


3) Ada lagi...ingatkan tiada sudah. 2 orang kawan kita ni 'celebrate birthday bagi bulan Januari. Berebut-rebut mahu potong kek.. sabar iya :) Model birthday bagi bulan Februari adalahhhh~

Dari Johor Ke Sabah

CAP mengucapkan Selamat Datang ke Kota Kinabalu, kepada Tn. Haji Japah Hambali iaitu bekas pesara anggota LPP (Penolong Akauntan W32) yang pernah bertugas di CAP LPP Sabah dari tahun 1994-1997 (Bos kami juga ini, ilmu banyak dia ni, banyak kami berguru ni :)

PPN Johor merupakan tempat terakhir beliau bertugas sebelum bersara. Kedatangan ke Kota Kinabalu, sempena cuti-cuti Malaysia bersama-sama dengan family dan beliau sempat juga mengunjungi tempat-tempat yang menjadi kenangan beliau sebelum ini...itu yang diberitahu oleh beliau tempoh hari ...Ada kawan-kawan yang mahu pergi Johor cari Tn. Haji saja....

Jan 15, 2009

Maggi Berperisa NESCAFE 3 in 1


Alkisah..adalah seorang kawan kita yang telah bertungkus lumus 2-3 hari pindah pejabat angkat barang, lap ini lap itu maka berlaku simpton-simpton kebingungan yang tidak dapat dielakkan. Masak Maggi Ayam campur dengan NESCAFE 3 in 1 . Ini mahu TEST Mircowave kita yang baru kah tu?? Oh Ya! Terima Kasih juga kepada si Suami yang datang jauh-jauh membantu CAP angkat barang. Suami Isteri mesti hati mau baik.. kan. :)

Duit Diperjudikan..


Oleh kerana Pejabat baru yang lama, adalah benda itu ini yang rosak termasuklah pintu CAP. Atas sumbangan ikhlas seorang kawan menyumbangkan duit tabung maka terbeli dan terpasanglah 'padlock' yang baru. Harap2 tiada maling yang mengambil kesempatan atas kesusahan kita. TAHNIAH kepada kawan kita tu yang berpeluh memasang 'padlock' tempoh hari. Begitu juga kawan seorang lagi tu yang sanggup pergi CKS Donggongon beli 'padlock'. :)

Detik Bersejarah...


1) Meninggalkan ruang pejabat Tkt 8..
bersih terusss~ macam negeri kena langgar garuda :)


2) Biasalah pejabat baru, semak sikit..oklah tu :)
Hari Ahad kita free OT sendiri-sendiri, janji ada nasi biriani india..


3) Angkat..jangan tidak angkat..bersungguh-sungguh kawan-kawan semua~

Marilah kita mengucapkan tahniah & terima kasih terhadap diri kita sendiri serta pasukan CAP atas kerjasama yang begitu jitu lagi erat. Pepatah mengatakan "Berat sama dipikul ringan sama dijinjing". Tahniah juga kerana sambutan serta kehadiran yang begitu meriah. :)

'Partition' rebah, sama-sama kita tahan. Lepas itu... tanggung sendiri bila kaki tersepit atau tangan terseliuh.

Jan 9, 2009

Bermulanya Gotong Royong...


1) Merenung barang-barang berusia 15 Tahun..


2) Bah..angkat sajalah..


3) Baguslah tolong orang susah...appeal saja nanti..


4) Budak ICT pun hati ada baik...mahir
'repair' komputer mahir juga angkat barang..

Sentuhan Terakhir..

Sentuhan terakhir. Kontraktor bertungkus lumus menyelesaikan kerja-kerja 'Renovation' Pejabat CAP...setakat 2.00pm, 08 Jan 2009. Ok kah pejabat kami ini? Datanglah melawat jika ada masa terluang iyaaa... :)

Jan 5, 2009

Jika Singgah Di W.P.Labuan...

Boleh lah..menginap di Mutiara Rest House dengan harga yang berpatutan. 3 Bilik Tidur (Aircord) , Ruang tamu + TV (Astro) & Dapur (Peti Sejuk pun ada..) + Washing Machine... :) Bagi yang berminat semasa 'Outstation' ke Labuan @ jalan-jalan bersama family bagus 'stay' di sini.. Harga RM130.00 perday/Sila hubungi Kak Annie : 013-857-7815