Maaf..atas kelewatan 'Update'Blog kerana kesibukan & kekangan masa... :)

Jun 11, 2009

Rumah Baru


27 Mei 2009, lawatan terancang ke rumah baru Pn. Ann di Kg Terawi untuk lunch KFC berjalan dengan lancar. Anggota CAPS dengan 'Car Pooling' buat-buat tahu jalan menuju ke rumah Pn. Ann telah beberapa kali menelefon minta petunjuk jalan berjaya juga akhirnya sampai ke destinasi kecuali geng En. Hawaji yang sampai lebih awal sememangnya tahu jalan ke rumah Pn. Ann. Cantik, versatile, ala-ala English walau bertapak di Kampung.


Ok..ini hiasan dalaman yang sempat diambil gambar. Ada lagi mangkuk besi besar di luar yang tidak sempat didedahkan yang juga sebahagian daripada perhiasan landscap tapak rumah Pn. Ann. Datang sendiri kalau mahu tahu apa benda tu... call dulu sebelum buat lawatan...

Baju Batik Malaysia

Farewell lunch..after lunch...tangis + tawa .. tibalah masa bergambar 'Group Photo' pada 27 Mei 2009 di Tingkat 8 dengan berpakaian Batik Malaysia versi CAPS. Nampak sihat, segak dan jelita kawan-kawan CAPS..maklumlah banyak kali perut di isi dengan lunch yang lazat-lazat. Terima kasih kepada En. Ahmad yang bersusah payah menempah baju batik jauh-jauh untuk kita sejak tahun 2008 lagi.

Gayang Restaurant Seafood

Dalam keadaan panas tengah hari berpusu-pusu anggota CAPS dengan Car Pooling.,,,menuju ke Restaurant Gayang Seafood (Sepanggar) pada 25 Mei 2009 sempena Farewell Lunch untuk Pn. Anita & Cik. Isnanie. Nasib baik ada aircond.....




Selepas ucapan, tawa dan tangisan sepi....sourvenir di berikan kepada kawan baik kita Cik Isnanie oleh Pn. Anita...maklumlah ke 2 anggota ini akan meninggalkan CAPS. Tulah dorang 2 nie...hugging each other.... Good Luck to both of you.

Actually, minum chinese tea pun ok sambil makan ketam & udang...4kg..4kg..


Seperti biasa pastikan ianya bersih dan balik dengan hati gembira. Lepas tu medical check up blood pressure.... :)

Anjapal Restaurant

Lunch di Anjapal Restaurat India Southern Food Complex Asia City pada 22 Mei 2009. Semua makanan india ada, dari pedas sampai yang tidak pedas. Dari roti hingga lah daging Kambing.






Ini boleh makan dengan kari, daal atau makan begitu sahaja.
Licin sudah daging kambing mangkuk tembaga. Thank You Pn. Anita yang bermurah hati berbelanja untuk kita. Lain kali appeal lagi...

Ok..selepas lunch hadiah souvenir dari Staff CAP kepada Pn. Anita yang akan berpindah tugas dari CAP ke HQ Kuala Lumpur.